PENGERUSI TETAP

YBhg Tan Sri Dato' Hajah Napsiah Omar


TIM.PENGERUSI TETAP

YBhg Dato' Hjh Sharifah Aminah Syed Ahmad


KETUA WANITA

YB Dato' Seri Rafidah Aziz


NAIB KETUA

YB Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil


PEN.SETIAUSAHA

YBhg Datuk Hjh Faridah Abu Hassan


PEN.BENDAHARI

YB Senator Datuk Hjh Azizah Abdul Samad


KETUA PENERANGAN

YB Datin Paduka Hjh Seripah Noli Syed Hussin


AHLI JAWATANKUASA

YM Dato' Raja Ropiaah Raja Abdullah


AHLI JAWATANKUASA

YB Senator Datin Paduka Norhayati Tan Sri Hj Onn


AHLI JAWATANKUASA

YBhg Datuk Hjh Mastika Junaidah Hussin


AHLI JAWATANKUASA

YB Senator Dato' Dr Norraesah Hj Mohamad


AHLI JAWATANKUASA

Puan Hjh Zaleha Hussin


AHLI JAWATANKUASA

YBhg Dato' Hjh Melati Ali


AHLI JAWATANKUASA

YB Dato' Maznah Mazlan


AHLI JAWATANKUASA

YBhg Datin Paduka Hjh Mesrah Selamat


AHLI JAWATANKUASA

YB Dato' Hjh Khamsiyah Yeop


AHLI JAWATANKUASA


AHLI JAWATANKUASA

Puan Hjh Hasnah Salam


AHLI JAWATANKUASA

YB Dato' Rosni Zahari


AHLI JAWATANKUASA

YBhg Datin Shuhanie Deraman


AHLI JAWATANKUASA

YB Dato' Norhayati Omar


AHLI JAWATANKUASA

YBhg Dato' Hjh Kamilia Dato' Ibrahim R


AHLI JAWATANKUASA

YB Senator Datin Dr Nik Azizah Nik Yahya


AHLI JAWATANKUASA

YB Puan Azihani Dato' Ali


AHLI JAWATANKUASA

YB Datuk Halimah Mohd Sadique


AHLI JAWATANKUASA

YB Senator Datuk Dayang Mahani Tun Pengiran Ahmad Raffae


AHLI JAWATANKUASA

YB Senator Datuk Armani Hj Mahiruddin


AHLI JAWATANKUASA

YB Senator Wan Ramlah Wan Ahmad


AHLI JAWATANKUASA

YB Dato' Siti Salmah Mat Jusak


AHLI JAWATANKUASA

YB Dato' Hjh Jahara Hamid


AHLI JAWATANKUASA

YBhg Datuk Hjh Hazizah Hj Mohd Sultan


AHLI JAWATANKUASA

YB Senator Wan Hazani Wan Mohd Nor


KETUA WANITA UMNO NEGERI KEDAH

YBhg Datin Hjh Salmah Md Isa



Tuesday, January 8, 2008


Selapas rakan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S Nallakarupan mencabarnya, kini giliran Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz pula berbuat demikian.
Jika Nalakaruppan cabar Anwar membuktikan jasa beliau membela nasib kaum India semasa berada di dalam kerajaan, Rafidah pula cabar Anwar bertanding di Kuala Kangsar untuk ‘bertembung’ dengan beliau.

Menurut Rafidah, beliau ada mendengar Anwar berhasrat bertanding di Parlimen Kuala Kangsar dan beliau sedia untuk bertemu dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu, ‘‘Saya dengar Anwar Ibrahim hendak bertanding mencabar saya, jadi, selamat datanglah,” kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu semasa berucap merasmikan dialog bersama Badan-Badan Ekonomi Melayu anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) di Putrajaya, hari Selasa.

Berita sebelum ini... Bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S Nallakarupan Isnin tampil dengan satu kenyataan media mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu menghuraikan apa yang beliau buat bagi manfaat kaum India di negara ini sewaktu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Nallakarupan yang meninggal PKR dan kini mengetuai Malaysian Indian United Party berkata hasil persahabatan selama 30 tahun beliau tahu sangat bagaimana Anwar melayan masyarakat India. “Saya tahu dia berbohong kepada masyarakat India sekarang,cuma untuk memancing undi,”katanya.

Sewaktu roadshow nya di Pulau Pinang dan Kedah baru-baru ini dalam ceramahnya di berbagai tempat Anwar meminta masyarakat India supaya tidak lagi mengundi Barisan Nasional sebaliknya menyokong PKR.

Kata Nallakarupan beliau merasa pelik bagaimana Anwar boleh mendakwa kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk masyarakat India. “Lebih pelik beliau mendakwa partinya akan menjamin masyarakat India tidak akan dipinggirkan sekiranya beliau berkuasa,”katanya.

Nallakarupan menasihatkan masyarakat India agar tidak terpedaya dengan janji Anwar itu.
posted by wanita-online @ 5:54 PM   1 comments
Wanita BN jangan berada di zon selesa – Rafidah
Sunday, January 6, 2008
Ahli-ahli Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak menganggap diri berada dalam ‘zon selesa’, sebaliknya mereka perlu memberi tumpuan kepada masalah undi rosak sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, jentera pilihan raya pergerakan itu di setiap kawasan perlu bekerja keras dan turun padang bagi memberi penerangan tentang asas-asas mengundi bagi mengelak undi rosak.

“Semua wanita perlu menilai semula masalah tersebut kerana selalunya undi rosak adalah disebabkan undi protes kerana tidak suka calon atau pengundi tidak tahu cara mengundi,” katanya ketika berucap pada majlis Gerak Kerja Wanita BN Johor di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengerusi Wanita BN Johor, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Rafidah memberitahu, statistik undi rosak di seluruh negara pada pilihan raya umum 2004 adalah sebanyak 134,058 dan undi ‘tidak balik’ pula mencecah 30,848 iaitu semuanya berjumlah 164,906.

Ekoran itu, tegasnya, Wanita BN perlu sentiasa memberi maklumat asas kepada rakyat tentang cara-cara mengundi dan menunaikan janji agar terus mendapat sokongan semasa bertemu pengundi di peringkat akar umbi.

‘‘Kita perlu ingat, sesetengah pengundi adalah warga emas dan mudah lupa cara mengundi, maka sebab itu tenaga penggerak yang turun padang perlu mengambil berat hal tersebut.
‘‘Kita juga jangan anggap kita berada di zon selesa berikutan pembangkang akan cuba pelbagai cara untuk menarik perhatian pengundi,” katanya.

Rafidah menegaskan, beliau tidak mahu kemenangan yang diraih BN dalam pilihan raya umum akan datang jauh lebih rendah berbanding undi rosak.

Selain itu, Rafidah turut mengingatkan sikap selesa terhadap kemenangan BN sehingga tidak bersungguh-sungguh dalam memastikan kemenangan BN juga perlu dikikis.

Katanya, ia penting kerana pembangkang pasti meningkatkan usaha untuk memancing undi dengan menggunakan pelbagai taktik dan dakyah berhubung isu-isu tertentu.
posted by wanita-online @ 7:12 PM   0 comments
7 WANITA UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH MAUT DALAM KEMALANGAN
Tuesday, December 11, 2007

IPOH 11 Dis. - Tujuh orang terbunuh dan 28 cedera, empat daripadanya parah, apabila sebuah bas membawa rombongan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah, merempuh belakang sebuah lori tangki di Plaza Tol Jelapang menghala ke selatan di Lebuh Raya Utara Selatan awal hari ini.

Mereka yang meninggal dunia dalam nahas pada 4 pagi tadi ialah pemandu bas, Lim Teh Lee, 49; pemandu kedua, Saad Salleh, 45; serta anggota rombongan, Siti Rosedah Ibrahim, 46; Puteh Mat Isa; Mohamad Hussin, 50; Dahara Mohamad; dan Nur Shuhadah Muhamad, 15.

Empat yang cedera parah di bahagian kepala dan badan ialah Che Som Yusoff, 51; Halijah Hanafiah, 52; Sipah Sulaiman; dan seorang lelaki yang identitinya belum diketahui.

Seramai 16 lagi turut dimasukkan ke Hospital Ipoh, manakala lapan dirawat sebagai pesakit luar, kata Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias.

Mereka yang menerima rawatan di wad dan dirawat sebagai pesakit luar ialah Fatihah Shafie, 14; Zurina Nayan, 47; Mohd Aminuddin Ramli, 20; Fatimah Rojaan, 40; Hakis, 8; Hasiah Lebai Cha, 53; Rohani Hashim, 56; Umi Kalsom Wan Dollah, 16; Mohd Shukri Hasin, 8; dan Haminah Nikmat, 56.

Nurfazilah Abdullah, 14; Mohd Muhsi Ahmad, 11; Faridah Mohd Nor, 44; Nurhashimah Mohd, 18; Shamshum Ishak, 52; Mastura Izzati Mat Isa, 17; Shahhasliza Hussein, 22; Habibah Yaakub, 33; Yom Wahab, 52; Assariza Derani, 38; Siti Aishah Saidin, 17; dan Normah Hanafi.

Dua lagi wanita yang identiti mereka belum dikenal pasti turut menerima rawatan.

Rombongan itu, yang dalam perjalanan untuk bercuti di Cameron Highlands, bertolak pada 12 tengah malam tadi dari Masjid Kubang Jawi di Kuala Kedah, yang menjadi tempat mereka berkumpul.

Seorang daripada penumpang yang cedera, Haminah Nikmat berkata, bas berkenaan dipandu dengan laju ketika memasuki dan melepasi Terowong Menora yang terletak beberapa kilometer dari Plaza Tol Jelapang.

“Lepas sahaja terowong itu, bas memang laju. Bila nak dekat sampai (plaza tol) tiba-tiba orang depan menjerit... brek tak makan. Makcik duduk bahagian tengah, lepas bas rempuh lori depan, habis bahagian depan dan kusyen yang makcik duduk pun rapat dengan bumbung bas,” katanya.

Beliau berkata, semasa bas persiaran itu merempuh lori, semua penumpang berteriak meminta tolong, manakala barang-barang mereka bertaburan.

Seorang lagi penumpang, Mastura Izzati berkata, beliau terjaga daripada tidur ketika penumpang lain menjerit meminta tolong.

“Saya tengok semua penumpang semuanya dah tertolak ke bahagian depan bas. Kerusi yang saya duduk pun patah. Keadaan dalam bas memang kelam-kabut dan penumpang panik sebab takut bas meletup selepas dengar bunyi enjin meletup dan ada asap,” katanya.

Umi Kalsom Wan Dollah, dari Kampung Pida 2 1/2, Jitra, yang mengalami kecederaan di bahagian muka, turut mengakui, bas dipandu dengan laju ketika menuruni cerun berbukit dari Terowong Menora menuju ke plaza tol.

- Laporan Bernama
posted by wanita-online @ 1:31 AM   0 comments
PENGIKTIRAFAN KERAJAAN UNTUK WANITA
Wednesday, November 28, 2007
Oleh : durianlemau

Wanita lemah,Wanita lembik, wanita tak bertenaga dan tempat wanita hanya di ceruk dapur. Tapi persepsi tentang Wanita kini tidak lagi seperti dahulu apabila sentiasa dipandang rendah dan lemah oleh kaum lelaki.

Namun martabat wanita kini telah dihargai sepenuhnya serta sentiasa dipandang tinggi oleh kaum yang berlainan jantina. Perubahan masa telah menyebabkan kebanyakan wanita kini bersemangat kental,tabah, matang dan mempunyai cita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan.

Kebelakangan ini sudah tentu kita banyak terbaca mengenai semangat wanita kental yang telah berjaya mengecapi kejayaan pada satu tahap yang memang sungguh membanggakan. Dimana ibu tunggal berjaya mendidik anak sehingga ke satu tahap yang membanggakan dengan hasil jualan nasi lemak sahaja...

Terbaru kerajaan Kedah telah melakar satu sejarah yang besar dengan julung kalinya sekaligus melantik dua wanita ke jawatan kanan pentadbiran negeri itu.

Tahniah diucapkan kepada Pegawai pertama iaitu Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kedah,Datin Che Barni Mohd. Noor,51, kerana telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Kubang Pasu dan pegawai kanan kedua ialah Timbalan Pengarah (Perancangan) Unit Perancang Ekonomi Negeri, Rozaina Radzi,51, dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim.

Kedua pegawai tersebut akan memulakan tugas baru mereka pada 1 Disember nanti.
Dengan kejayaan tersebut, ia boleh dikategorikan sebagai pencapaian wanita dari hari ke hari semakin disenangi serta disanjungi.

Ini merupakan perlantikan yang pertama dalam pentadbiran Negeri Kedah serta merupakan langkah awal keraajaan negeri bagi menghargai kebolehan wanita.

Sebelum ini, jawatan tersebut tidak pernah disandang oleh kaum Hawa. Ia merupakan satu kebanggaan buat kaum wanita dan kedua-dua wanita ini haruslah diberi pujian dan dijadikan contoh serta tauladan bagi kita untuk berjaya nanti.

Selaku Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah mengumumkan dua nama tersebut kerana kebolehan masing-masing yang tersendiri. Che Barni telah dilantik kerna mempunyai pengalaman selama 17 tahun dalam bidang pentadbiran tanah dan mula menjalankan tugas beliau sebagai pegawai tadbir negeri pada tahun 1980.

Beliau yang juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Sains pernah ditugaskan sebagai Pentadbir Tanah Daerah Pokok Sena, Pentadbir Daerah Kota Setar, Penolong Pegawai Daerah II dan I, Daerah Kota Star dan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Kubang Pasu.

Manakala Rozaina pula mula menyertai kerajaan negeri pada tahun 1993, pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS), Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri dan Pendaftar Hakmilik Tanah Negeri.

Seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya berusaha untuk 'Mengangkasakan Tamadun Bangsa' sudahpun mula dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kedah melalui kedua wanita yang berwibawa serta berkaliber itu.
posted by wanita-online @ 10:09 PM   0 comments
TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM SITI SALMAH
Tuesday, November 27, 2007

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Selepas 25 hari bertarung nyawa setelah menjalani pembedahan pemindahan jantung serta paru-paru serentak dan pertama di Institut Jantung Negara (IJN), Siti Salmah Jasni, 18, menghembuskan nafas terakhirnya di sini, hari ini.


IJN dalam kenyataannya hari ini memberitahu, Siti Salmah meninggal dunia akibat septisemia dan jangkitan yang teruk.


Menurut kenyataan itu, selepas pembedahan pemindahan itu, Siti Salmah tidak menunjukkan sebarang tanda yang organ-organ baru itu tidak diterima oleh tubuhnya.


Bapanya, Jasni Zainal, 52, berkata, Siti Salmah meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi ini dalam keadaan tenang di Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN.


Semalam, tiub pernafasan Siti Salmah dibuka pada sebelah pagi tetapi dipasang semula pada sebelah petang untuk membolehkan doktor melihat perkembangan organ barunya itu.


Menurut Jasni, mereka sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Utusan Malaysia, IJN, Institut Perubatan Respiratory (IPR) terutama doktor-doktor yang bertungkus-lumus cuba menyelamatkan anaknya hingga ke saat akhir.


“Namun ramai yang tidak mengetahui, kedua-dua belah kaki arwah sebenarnya terpaksa dipotong selepas enam hari menjalani pemindahan serentak itu,” katanya.


Katanya, ini berikutan urat yang menyalurkan darah ke kedua-dua belah kaki anaknya sempit menyebabkan jantungnya tidak dapat mengepam darah secara menyeluruh sehingga ke bahagian kaki.


“Pada 2 November, iaitu selepas dia dibedah untuk pemindahan organ, arwah menunjukkan kemajuan yang baik walaupun menghadapi komplikasi.


“Tetapi selepas enam hari menjalani pembedahan itu juga, jantungnya terhenti mengepam darah selama lima jam dan terpaksa bergantung kepada bantuan mesin.


“Keadaan ini juga menyebabkan darah tidak mengalir sehingga ke kedua-dua kaki anak saya menyebabkan tisu di kakinya rosak,” jelasnya.


Beliau berkata, doktor berusaha untuk memasukkan tambahan injap untuk tekanan darah anaknya kembali normal kerana pada ketika itu, tekanan darah Siti Salmah telah rendah.


“Namun malangnya, usaha itu tidak berhasil kerana darah di kedua-dua belah kaki anaknya menjadi beku.


“Sehinggalah ke saat akhir, doktor mendapati terdapat pula jangkitan kuman pada paru-paru Siti Salmah,” katanya.


Sementara itu di JOHOR BAHRU, jenazah Siti Salmah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak selepas solat Zuhur hari ini.


Arwah yang merupakan anak kelapan daripada 12 beradik mula mendapat perhatian apabila pada pertengahan Oktober lalu, Utusan Malaysia memulakan langkah pertama pencarian paru-paru baru untuk Siti Salmah setelah hampir lima tahun menanggung derita.


Pencarian itu akhirnya berjaya apabila seorang mangsa yang meninggal akibat kemalangan jalan raya di Kedah mendermakan organ jantung dan paru-paru kepada Siti Salmah yang pada ketika itu dijangka hanya mempunyai baki dua tahun untuk meneruskan kehidupan.


Ini membolehkan Siti Salmah menjalani pemindahan jantung dan paru-paru serentak dan pertama kali berlaku di negara ini pada 2 November lalu.


Siti Salmah, pelajar tingkatan enam rendah Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai disahkan menghidap penyakit Hipertensi Pulmonari sejak lima tahun lalu.


Sebelum ini, dia bernafas dengan bantuan tangki oksigen sekurang-kurangnya 16 jam sehari dan terpaksa melupakan hasrat untuk aktif di sekolah kerana penyakitnya.
posted by wanita-online @ 11:50 PM   0 comments
NYANYUK - PAS ATAU NIK AZIZ?
Sunday, November 18, 2007
Oleh : durianlemau

Agak menarik sekali tuduhan orang Pas terhadap Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz dengan mengatakan bahawa Rafidah akan mengetuai Wanita UMNO sehingga tua.

Apalah yang Pas faham tentang dengan kewibawaan Rafidah dalam menerajui kepimpinan Wanita UMNO.

Walaupun pelbagai tohmahan dan kata kesat dilemparkan kepada Rafidah dengan mengatakan bahawa beliau seolah-olah seorang nenek yang tidak sedarkan diri dan sudah seharusnya mewariskan jawatan ketua wanita kepada mereka yang lebih muda, namun harus di ingat... 'Merata dulang paku serpih, mengata orang Pas yang lebih.."

Tanpa sedar dalam masa yang sama mereka lupa tentang keaadaan Mursyidul Am Pas sendiri yang sudah ke tahap pencen. Presiden Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dah semakin uzur dan sedang menongkat langit itu sendiri bercita-cita nak jadi Menteri Besar sampai mati.

Penyokong-penyokong Pas ini memang suka mencari kesalahan dan memfitnah orang ibarat pepatah "Gajah didepan mata tak nampak tetapi kuman di seberang laut jelas kelihatan".

Pemimpin Pas yang sudah "tua ganyut" tidak sedarkan diri masih asyik dengan kedudukannya dan berniat memegang jawatan sampai mati. Janganlah pula ingin membandingkan dengan kehebatan kepimpinan Rafidah sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO.

Tidakkah mereka sedar selama 20 tahun Rafidah menerajui pergerakan Wanita UMNO pelbagai kemudahan serta aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan bagi memastikan agar rakyat serta ahli-ahlinya sentiasa dijaga serta tidak diabaikan dalam apa jua aspek.

Kalau kita hendak bandingkan Nik Aziz yang dah lama jadi Menteri Besar Kelantan serta apakah pembaharuan yang telah diberikaan kepada Kerajaan Kelantan oleh parti Pas yang penuh dengan pendustaan dengan Rafidah jauh bezanya.

Rafidah masih lagi sihat serta beliau masih lagi mampu untuk menerajui Pergerakan Wanita UMNO Malaysia kerana beliau ialah seorang yang sungguh berdedikasi serta punyai semangat juang yang jitu sebagai seorang pemimpin dan mempunyai pengikut-pengikut yang begitu setia.

Beliau tidak pernah patah semangat walaupun beliau hanya seorang wanita yang sentiasa dianggap lemah tetapi semagatnya akan membuatkan beliau tetap kekal dengan jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Jelas sekali sifat dengki dan iri hati golongan Pas menjerat diri kerana mempamerkan sikap sebenar kepada umum.Tidakkah mereka terfikir bahawa dengan mengejek dan mengata hal-hal sebegini akan menghilangkan kenyakinan rakyat dengan parti Pas kerana kelancangan mulut?

Inikah yang di didik oleh Presiden Pas terhadap pengikutnya agar sentiasa mengata, mengumpat, mengeji dan memfitnah? Apakah ini dikatakan Parti Islam? Nyahkanlah dari pemikiran kita dengan sebuah parti yang bertopengkan keagamaan tetapi disebaliknya penuh dengan dusta dan nista.

Manakala Nik Aziz kini pula telah terlalu uzur untuk terus kekal menjadi Menteri Besar, seelok-eloknya tempat Nik Aziz sekarang ialah duduk dirumah teruskan amal ibadat ataupun jadi Imam Besar di Masjid negeri Kelantan.

Seperti yang kita ketahui Nik Aziz masih ingin teruskan sandiwaranya dengan mengatakan bahawa beliau sudah mempunyai calon yang tepat untuk mengganti tempat beliau sebagai Presiden Pas tetapi masanya masih belum tahu bila kerana beliau terlalu taksub denagn jawatan yang dipegangnya ketika ini.

Sudah terbukti di sini bahawa Nik Aziz tidak akan sekali-kali meninggalkan jawatan yang beliau sandang sehinggakan tarikh dimana malaikat maut menjemput baru beliau akan titipkan siapakah pengganti beliau yang sesuai untuk menerajui kerajaan Kelantan.

Disini sudah terang apa yang boleh kita tafsirkan ialah Pas tidak seharusnya sewenang-wenangnya memberi arahan serta melemparkan tohmahan bahawa Rafidah akan menjadi Ketua Pergerakan UMNO sehingga tua sedangkan Presiden Pas Nik Aziz yang masih lagi gila kuasa dan tidak ingin melepaskan jawatan yang masih lagi disandang.

DINASIHATKAN DAN DIINGATKAN KEPADA PUAK PAS, JANGAN TERLALU MENJAGA TEPI KAIN ORANG SEDANGKAN TEPI KAIN SENDIRI BUKAN SETAKAT PUDAR MALAH SUDAH KOYAK RABAK.
posted by wanita-online @ 5:32 PM   0 comments
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2007
Thursday, November 15, 2007
Perhimpunan Agung UMNO 2007 yang bertempat di PWTC
6 November sehingga 9 November 2007.


posted by wanita-online @ 7:29 PM   0 comments

Name: wanita-online
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile



Free Blogger Templates

BLOGGER