PENGERUSI TETAP

YBhg Tan Sri Dato' Hajah Napsiah Omar


TIM.PENGERUSI TETAP

YBhg Dato' Hjh Sharifah Aminah Syed Ahmad


KETUA WANITA

YB Dato' Seri Rafidah Aziz


NAIB KETUA

YB Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil


PEN.SETIAUSAHA

YBhg Datuk Hjh Faridah Abu Hassan


PEN.BENDAHARI

YB Senator Datuk Hjh Azizah Abdul Samad


KETUA PENERANGAN

YB Datin Paduka Hjh Seripah Noli Syed Hussin


AHLI JAWATANKUASA

YM Dato' Raja Ropiaah Raja Abdullah


AHLI JAWATANKUASA

YB Senator Datin Paduka Norhayati Tan Sri Hj Onn


AHLI JAWATANKUASA

YBhg Datuk Hjh Mastika Junaidah Hussin


AHLI JAWATANKUASA

YB Senator Dato' Dr Norraesah Hj Mohamad


AHLI JAWATANKUASA

Puan Hjh Zaleha Hussin


AHLI JAWATANKUASA

YBhg Dato' Hjh Melati Ali


AHLI JAWATANKUASA

YB Dato' Maznah Mazlan


AHLI JAWATANKUASA

YBhg Datin Paduka Hjh Mesrah Selamat


AHLI JAWATANKUASA

YB Dato' Hjh Khamsiyah Yeop


AHLI JAWATANKUASA


AHLI JAWATANKUASA

Puan Hjh Hasnah Salam


AHLI JAWATANKUASA

YB Dato' Rosni Zahari


AHLI JAWATANKUASA

YBhg Datin Shuhanie Deraman


AHLI JAWATANKUASA

YB Dato' Norhayati Omar


AHLI JAWATANKUASA

YBhg Dato' Hjh Kamilia Dato' Ibrahim R


AHLI JAWATANKUASA

YB Senator Datin Dr Nik Azizah Nik Yahya


AHLI JAWATANKUASA

YB Puan Azihani Dato' Ali


AHLI JAWATANKUASA

YB Datuk Halimah Mohd Sadique


AHLI JAWATANKUASA

YB Senator Datuk Dayang Mahani Tun Pengiran Ahmad Raffae


AHLI JAWATANKUASA

YB Senator Datuk Armani Hj Mahiruddin


AHLI JAWATANKUASA

YB Senator Wan Ramlah Wan Ahmad


AHLI JAWATANKUASA

YB Dato' Siti Salmah Mat Jusak


AHLI JAWATANKUASA

YB Dato' Hjh Jahara Hamid


AHLI JAWATANKUASA

YBhg Datuk Hjh Hazizah Hj Mohd Sultan


AHLI JAWATANKUASA

YB Senator Wan Hazani Wan Mohd Nor


KETUA WANITA UMNO NEGERI KEDAH

YBhg Datin Hjh Salmah Md Isa



PENGIKTIRAFAN KERAJAAN UNTUK WANITA
Wednesday, November 28, 2007
Oleh : durianlemau

Wanita lemah,Wanita lembik, wanita tak bertenaga dan tempat wanita hanya di ceruk dapur. Tapi persepsi tentang Wanita kini tidak lagi seperti dahulu apabila sentiasa dipandang rendah dan lemah oleh kaum lelaki.

Namun martabat wanita kini telah dihargai sepenuhnya serta sentiasa dipandang tinggi oleh kaum yang berlainan jantina. Perubahan masa telah menyebabkan kebanyakan wanita kini bersemangat kental,tabah, matang dan mempunyai cita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan.

Kebelakangan ini sudah tentu kita banyak terbaca mengenai semangat wanita kental yang telah berjaya mengecapi kejayaan pada satu tahap yang memang sungguh membanggakan. Dimana ibu tunggal berjaya mendidik anak sehingga ke satu tahap yang membanggakan dengan hasil jualan nasi lemak sahaja...

Terbaru kerajaan Kedah telah melakar satu sejarah yang besar dengan julung kalinya sekaligus melantik dua wanita ke jawatan kanan pentadbiran negeri itu.

Tahniah diucapkan kepada Pegawai pertama iaitu Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kedah,Datin Che Barni Mohd. Noor,51, kerana telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Kubang Pasu dan pegawai kanan kedua ialah Timbalan Pengarah (Perancangan) Unit Perancang Ekonomi Negeri, Rozaina Radzi,51, dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim.

Kedua pegawai tersebut akan memulakan tugas baru mereka pada 1 Disember nanti.
Dengan kejayaan tersebut, ia boleh dikategorikan sebagai pencapaian wanita dari hari ke hari semakin disenangi serta disanjungi.

Ini merupakan perlantikan yang pertama dalam pentadbiran Negeri Kedah serta merupakan langkah awal keraajaan negeri bagi menghargai kebolehan wanita.

Sebelum ini, jawatan tersebut tidak pernah disandang oleh kaum Hawa. Ia merupakan satu kebanggaan buat kaum wanita dan kedua-dua wanita ini haruslah diberi pujian dan dijadikan contoh serta tauladan bagi kita untuk berjaya nanti.

Selaku Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah mengumumkan dua nama tersebut kerana kebolehan masing-masing yang tersendiri. Che Barni telah dilantik kerna mempunyai pengalaman selama 17 tahun dalam bidang pentadbiran tanah dan mula menjalankan tugas beliau sebagai pegawai tadbir negeri pada tahun 1980.

Beliau yang juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Sains pernah ditugaskan sebagai Pentadbir Tanah Daerah Pokok Sena, Pentadbir Daerah Kota Setar, Penolong Pegawai Daerah II dan I, Daerah Kota Star dan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Kubang Pasu.

Manakala Rozaina pula mula menyertai kerajaan negeri pada tahun 1993, pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS), Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri dan Pendaftar Hakmilik Tanah Negeri.

Seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya berusaha untuk 'Mengangkasakan Tamadun Bangsa' sudahpun mula dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kedah melalui kedua wanita yang berwibawa serta berkaliber itu.
posted by wanita-online @ 10:09 PM   0 comments
TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM SITI SALMAH
Tuesday, November 27, 2007

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Selepas 25 hari bertarung nyawa setelah menjalani pembedahan pemindahan jantung serta paru-paru serentak dan pertama di Institut Jantung Negara (IJN), Siti Salmah Jasni, 18, menghembuskan nafas terakhirnya di sini, hari ini.


IJN dalam kenyataannya hari ini memberitahu, Siti Salmah meninggal dunia akibat septisemia dan jangkitan yang teruk.


Menurut kenyataan itu, selepas pembedahan pemindahan itu, Siti Salmah tidak menunjukkan sebarang tanda yang organ-organ baru itu tidak diterima oleh tubuhnya.


Bapanya, Jasni Zainal, 52, berkata, Siti Salmah meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi ini dalam keadaan tenang di Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN.


Semalam, tiub pernafasan Siti Salmah dibuka pada sebelah pagi tetapi dipasang semula pada sebelah petang untuk membolehkan doktor melihat perkembangan organ barunya itu.


Menurut Jasni, mereka sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Utusan Malaysia, IJN, Institut Perubatan Respiratory (IPR) terutama doktor-doktor yang bertungkus-lumus cuba menyelamatkan anaknya hingga ke saat akhir.


“Namun ramai yang tidak mengetahui, kedua-dua belah kaki arwah sebenarnya terpaksa dipotong selepas enam hari menjalani pemindahan serentak itu,” katanya.


Katanya, ini berikutan urat yang menyalurkan darah ke kedua-dua belah kaki anaknya sempit menyebabkan jantungnya tidak dapat mengepam darah secara menyeluruh sehingga ke bahagian kaki.


“Pada 2 November, iaitu selepas dia dibedah untuk pemindahan organ, arwah menunjukkan kemajuan yang baik walaupun menghadapi komplikasi.


“Tetapi selepas enam hari menjalani pembedahan itu juga, jantungnya terhenti mengepam darah selama lima jam dan terpaksa bergantung kepada bantuan mesin.


“Keadaan ini juga menyebabkan darah tidak mengalir sehingga ke kedua-dua kaki anak saya menyebabkan tisu di kakinya rosak,” jelasnya.


Beliau berkata, doktor berusaha untuk memasukkan tambahan injap untuk tekanan darah anaknya kembali normal kerana pada ketika itu, tekanan darah Siti Salmah telah rendah.


“Namun malangnya, usaha itu tidak berhasil kerana darah di kedua-dua belah kaki anaknya menjadi beku.


“Sehinggalah ke saat akhir, doktor mendapati terdapat pula jangkitan kuman pada paru-paru Siti Salmah,” katanya.


Sementara itu di JOHOR BAHRU, jenazah Siti Salmah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak selepas solat Zuhur hari ini.


Arwah yang merupakan anak kelapan daripada 12 beradik mula mendapat perhatian apabila pada pertengahan Oktober lalu, Utusan Malaysia memulakan langkah pertama pencarian paru-paru baru untuk Siti Salmah setelah hampir lima tahun menanggung derita.


Pencarian itu akhirnya berjaya apabila seorang mangsa yang meninggal akibat kemalangan jalan raya di Kedah mendermakan organ jantung dan paru-paru kepada Siti Salmah yang pada ketika itu dijangka hanya mempunyai baki dua tahun untuk meneruskan kehidupan.


Ini membolehkan Siti Salmah menjalani pemindahan jantung dan paru-paru serentak dan pertama kali berlaku di negara ini pada 2 November lalu.


Siti Salmah, pelajar tingkatan enam rendah Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai disahkan menghidap penyakit Hipertensi Pulmonari sejak lima tahun lalu.


Sebelum ini, dia bernafas dengan bantuan tangki oksigen sekurang-kurangnya 16 jam sehari dan terpaksa melupakan hasrat untuk aktif di sekolah kerana penyakitnya.
posted by wanita-online @ 11:50 PM   0 comments
NYANYUK - PAS ATAU NIK AZIZ?
Sunday, November 18, 2007
Oleh : durianlemau

Agak menarik sekali tuduhan orang Pas terhadap Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz dengan mengatakan bahawa Rafidah akan mengetuai Wanita UMNO sehingga tua.

Apalah yang Pas faham tentang dengan kewibawaan Rafidah dalam menerajui kepimpinan Wanita UMNO.

Walaupun pelbagai tohmahan dan kata kesat dilemparkan kepada Rafidah dengan mengatakan bahawa beliau seolah-olah seorang nenek yang tidak sedarkan diri dan sudah seharusnya mewariskan jawatan ketua wanita kepada mereka yang lebih muda, namun harus di ingat... 'Merata dulang paku serpih, mengata orang Pas yang lebih.."

Tanpa sedar dalam masa yang sama mereka lupa tentang keaadaan Mursyidul Am Pas sendiri yang sudah ke tahap pencen. Presiden Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dah semakin uzur dan sedang menongkat langit itu sendiri bercita-cita nak jadi Menteri Besar sampai mati.

Penyokong-penyokong Pas ini memang suka mencari kesalahan dan memfitnah orang ibarat pepatah "Gajah didepan mata tak nampak tetapi kuman di seberang laut jelas kelihatan".

Pemimpin Pas yang sudah "tua ganyut" tidak sedarkan diri masih asyik dengan kedudukannya dan berniat memegang jawatan sampai mati. Janganlah pula ingin membandingkan dengan kehebatan kepimpinan Rafidah sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO.

Tidakkah mereka sedar selama 20 tahun Rafidah menerajui pergerakan Wanita UMNO pelbagai kemudahan serta aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan bagi memastikan agar rakyat serta ahli-ahlinya sentiasa dijaga serta tidak diabaikan dalam apa jua aspek.

Kalau kita hendak bandingkan Nik Aziz yang dah lama jadi Menteri Besar Kelantan serta apakah pembaharuan yang telah diberikaan kepada Kerajaan Kelantan oleh parti Pas yang penuh dengan pendustaan dengan Rafidah jauh bezanya.

Rafidah masih lagi sihat serta beliau masih lagi mampu untuk menerajui Pergerakan Wanita UMNO Malaysia kerana beliau ialah seorang yang sungguh berdedikasi serta punyai semangat juang yang jitu sebagai seorang pemimpin dan mempunyai pengikut-pengikut yang begitu setia.

Beliau tidak pernah patah semangat walaupun beliau hanya seorang wanita yang sentiasa dianggap lemah tetapi semagatnya akan membuatkan beliau tetap kekal dengan jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Jelas sekali sifat dengki dan iri hati golongan Pas menjerat diri kerana mempamerkan sikap sebenar kepada umum.Tidakkah mereka terfikir bahawa dengan mengejek dan mengata hal-hal sebegini akan menghilangkan kenyakinan rakyat dengan parti Pas kerana kelancangan mulut?

Inikah yang di didik oleh Presiden Pas terhadap pengikutnya agar sentiasa mengata, mengumpat, mengeji dan memfitnah? Apakah ini dikatakan Parti Islam? Nyahkanlah dari pemikiran kita dengan sebuah parti yang bertopengkan keagamaan tetapi disebaliknya penuh dengan dusta dan nista.

Manakala Nik Aziz kini pula telah terlalu uzur untuk terus kekal menjadi Menteri Besar, seelok-eloknya tempat Nik Aziz sekarang ialah duduk dirumah teruskan amal ibadat ataupun jadi Imam Besar di Masjid negeri Kelantan.

Seperti yang kita ketahui Nik Aziz masih ingin teruskan sandiwaranya dengan mengatakan bahawa beliau sudah mempunyai calon yang tepat untuk mengganti tempat beliau sebagai Presiden Pas tetapi masanya masih belum tahu bila kerana beliau terlalu taksub denagn jawatan yang dipegangnya ketika ini.

Sudah terbukti di sini bahawa Nik Aziz tidak akan sekali-kali meninggalkan jawatan yang beliau sandang sehinggakan tarikh dimana malaikat maut menjemput baru beliau akan titipkan siapakah pengganti beliau yang sesuai untuk menerajui kerajaan Kelantan.

Disini sudah terang apa yang boleh kita tafsirkan ialah Pas tidak seharusnya sewenang-wenangnya memberi arahan serta melemparkan tohmahan bahawa Rafidah akan menjadi Ketua Pergerakan UMNO sehingga tua sedangkan Presiden Pas Nik Aziz yang masih lagi gila kuasa dan tidak ingin melepaskan jawatan yang masih lagi disandang.

DINASIHATKAN DAN DIINGATKAN KEPADA PUAK PAS, JANGAN TERLALU MENJAGA TEPI KAIN ORANG SEDANGKAN TEPI KAIN SENDIRI BUKAN SETAKAT PUDAR MALAH SUDAH KOYAK RABAK.
posted by wanita-online @ 5:32 PM   0 comments
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2007
Thursday, November 15, 2007
Perhimpunan Agung UMNO 2007 yang bertempat di PWTC
6 November sehingga 9 November 2007.


posted by wanita-online @ 7:29 PM   0 comments
SUASANA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2007
Wednesday, November 14, 2007












posted by wanita-online @ 12:46 AM   0 comments


PAKAIAN PRAMUGARI WANITA MENJOLOK MATA
Tuesday, November 13, 2007
oleh : dahanrapuh

Selepas Penerbangan Malaysia Airline (MAS) sebagai pengangkutan utama penerbangan di Malaysia telah lahir sebuah lagi Syarikat penerbangan tambang yang jauh lebih murah dari MAS iaitu AirAsia.

AirAsia harus dibanggakan kerana dengan kos tambah murah yang dikenakan paling berjaya di dunia dan juga merupakan kejayaan anak Malaysia yang telah meneroka perusahaan penerbangan tambang murah semurah yang kita boleh nikmati sekarang ini.

Namun ada perkara yang lebih serius yang perlu dititik beratkan oleh pengurus syarikat berkenaan dimana isu pakaian seragam pramugari Air Asia yang terlalu pendek dan menjolok mata boleh dikategorikan sebagai menjatuhkan nama Malaysia sebagai sebuah negara islam yang memperkenalkan konsep Islam Hadari.

Oleh yang demikian kita boleh menerima saranan yang telah dikemukakan oleh salah seorang wakil Exco Wanita UMNO iaitu Datuk Zaleha Hussin semasa membahaskan isu agama dan sosial di Perhimpunan Agung UMNO 2007 baru-baru ini.

Tujuan beliau membangkitkan isu pakaian seragam pramugari AirAsia ini kerana pakaian seragam yang sedia ada terlalu seksi sehingga menampakkan betis,peha dan juga tempat yang sepatunya ditunjukkan serta menjolok mata sehingga menimbulkan ketidakselesaan sesetengah penumpang kerana ianya seolah-olah menjatuhkan imej negara.

Dalam pada itu beliau telah mencadangkan agar kerajaan meminda supaya pakaian seragam pramugari AirAsia ini diganti kepada pakaian yang lebih bersesuaian serta kelihatan sopan seperti baju kebangsaan Malaysia seperti baju kebaya yang juga boleh dipakai pramugari berbangsa Cina dan India.

Penumpang-penumpang AirAsia sendiri terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Malaysia tidak kira dari kota mahupun desa.

Oleh yang demikian pakaian yang dipakai oleh pramugari-pramugari AirAsia seharusnya lebih sopan dan tidak seksi dari pandangan penduduk dan juga budaya tempatan yang kita pegang.

Kini AirAsia sudah pun mengorak langkah ke pasaran antarabangsa dan sudah seharusnya pemakaian pramugarinya hendaklah disesuaikan dengan fesyen yang boleh menonjolkan imej sopan Negara.


Pramugari AirAsia bukan sahaja memberi perkhidmatan kepada penumpang malah mereka sendiri berperanan penting sebagai duta kecil Negara yang menjadi individu pertama ditemui pelancong asing.

Agak memalukan dan merugikan jika pemakaian mereka masih tidak lagi ditukar kepada yang lebih sopan kerana pakaian yang dipakai melambangkan imej dan nama baik Malaysia.

Penampilan pakaian pramugari AirAsia ini perlu ditukar kepada citarasa Malaysia dengan kadar segera kerana pakaian akan melambangkan imej dan identiti budaya, bangsa dan negara kita serta dalam masa yang sama kita boleh mempromosikan alam pelancongan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.

posted by wanita-online @ 12:01 AM   0 comments
Rafidah Cadang Kaukus Wanita Eksekutif
Sunday, November 11, 2007
KOTA KINABALU, 11 Nov (Bernama) -- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz mencadangkan agar kaukus wanita eksekutif ditubuhkan di peringkat kebangsaan dan serantau bagi membincangkan penyelesaian strategik demi kepentingan wanita dalam pembangunan sosioekonomi.
Beliau berkata kaukus itu boleh memberi perhatian bagi mengenal pasti isu yang membataskan penglibatan wanita dalam pembangunan negara.Isu berkenaan adalah berkaitan cara mengurangkan jurang kedudukan wanita dalam jawatan peringkat eksekutif, menambah bilangan eksekutif wanita dalam sektor awam dan swasta, mencari formula berkesan berhubung program membangukan kapasiti dan langkah memaksimumkan program sedia ada untuk eksekutif dan usahawan wanita, katanya.
"Menerusi fokus yang betul, caucus ini boleh membentuk profil eksekutif wanita di masa depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Eksekutif Wanita Antarabangsa 2007 di sini hari ini.Rafidah berkata wanita yang memegang jawatan eksekutif perlu bergerak ke arah merubah peraturan dan mengenal pasti kekangan yang membantut eksekutif wanita berada pada kedudukan tinggi dalam organisasi mereka.
Beliau berkata sasaran telah ditetapkan pada peringkat global bahawa wanita diperuntukan sebanyak 30 peratus jawatan eksekutif, namun wujud pelbagai sebab mengapa sasaran tersebut belum tercapai.-
- BERNAMA
posted by wanita-online @ 6:26 PM   0 comments
RAFIDAH DAN AZAM WANITA
Dalam ucapan penutup Persidangan Agung UMNO 2007, Datuk Seri Rafidah Aziz telah membuat satu kesimpulan tentang apa yang dibahaskan sepanjang 3 hari persidangan berlangsung.

Beliau banyak menyentuh persoalan ekonomi dan pembangunan negara terutamanya bagi kaum bumiputera. Tidak ketinggalan, selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia, beliau tidak melupakan perihal dan kebajikan Wanita Malaysia.

Beliau berkata Wanita turut mempunyai azam. Azam Wanita adalah untuk terus bekerja dan memastikan setiap calon UMNO dari semua bahagian yang bertanding akan memenangi pilihanraya akan datang terutamanya calon Wanita.

Wanita juga berharap mereka akan mendapat keadilan yang sewajarnya dalam pilihanraya akan datang di mana beliau serta para perwakilan wanita menyeru agar Presiden UMNO iaitu Pak Lah mempertimbangkan kedudukan wanita dalam parti dan memberikan kerusi yang bersepadanan dengan jumlah ahli UMNO Wanita Malaysia.

Beliau turut memberikan statistik di mana jumlah keseluruhan ahli UMNO adalah 3,349,280. Ahli biasa lelaki UMNO berjumlah 1,027,463 iaitu 30.6 peratus daripada jumlah keseluruhan. Ahli wanita UMNO pula berjumlah 1,199,521 iaitu 35.8 peratus manakala Pemuda seramai 704,758 bersamaan 21.0 peratus dan terakhir sekali Puteri 417,538 bersamaan 12.46 peratus.

Di sini menunjukkan Wanita UMNO mempunyai bilangan ahli yang terbanyak. Itulah harapan Wanita UMNO Malaysia. Semangat juang mereka tetap membara. Semuanya demi kepentingan agama bangsa dan negara.

WANITA UMNO TERUSKAN PERJUANGAN
posted by wanita-online @ 5:14 PM   0 comments
Persidangan UMNO - Agama Dan Sosial
Thursday, November 8, 2007
Suasana hangat Perhimpunan Agung 2007 semakin terasa bahangnya bila salah seorang perwakilan dari negeri Kelantan iaitu Ustazah Hajah Zaleha Binti Hussin yang mewakili wanita telah membahaskan isu agama dan sosial dengan penuh bersemangat menyampaikan hujah-hujah beliau.

Beliau dengan bersemangat menghujahkan bahawa dalam mendekati Pembudayaan Islam Hadari kita seharusnya membudayakan pembudayaan islam dengan melahirkan umat islam seperti yang tertera di dalam Al- Quran dengan menuju ke arah kebaikan dan menjauhi segala kemungkaran.

Menurut beliau lagi pengajaran dan pendedahan agama Islam perlu diberi pantauan sebaik-baiknya oleh pegawai-pegawai Jakim agar pelajaran agama yang di ajar bukanlah yang negatif,khurafat dan juga ajaran-ajaran sesat yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Hajah Zaleha dia ingin mengucapkan tahniah kepada Pak Lah kerana telah merapatkan UMNO dan Pas semasa pelancaran majlis Koridor Timur (ECER) dan kerana Pak Lah telah menghulurkan salam persahabatan dengan Nik Aziz.

Tetapi pada 8 November 2007 Nik Aziz dalam kenyataan Pas dan UMNO seperti seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim serta tidak boleh berpimpinan tangan di antara satu sama lain dalam kata lain Pas dan UMNO tidak mungkin akan bersatu hati dan bergandingan tangan.

Beliau mencadangkan agar kerajaan membanteras semua kegiatan rasuah yang ada di Malaysia dan isu yang betul-betul menarik perhatian pendengar ialah tentang isu aurat pramugari Air Asia yang berpakaian terlalu mendedahkan aurat

Cadangan ini diberi ialah agar Syarikat Penerbangan Air Asia akan menyahut seruan agar pakaian mereka semua ditukarkan kepada pakaian yang lebih menutup aurat.

Jelas beliau lagi Malaysia juga turut merupakan sebuah negara Islam Hadari oleh yang demikian kita seharusnya melaksanakan dengan memperbanyakan Program dalam pendidikan islam.

Dengan terlaksananya program ‘Jaqaf’ anak-anak sudah pandai bertutur dalam bahasa Arab. Mereka juga sudah khatam al-Quran dalam tempoh 6 bulan sahaja. Ini juga telah mengasaskan anak-anak Islam untuk menjadi masyarakat Islam yang kamil.

Satu lagi usul yang telah dicadangkan oleh beliau adalah melantik guru-guru kontrak yang mengajar mata pelajaran ‘Qafa’ ke jawatan yang tetap untuk menjamin masa depan yang lebih baik. Kehidupan mereka perlu diberi peluang kerana jawatan yang kecil.
posted by wanita-online @ 8:42 PM   0 comments
Wanita mahu 30 peratus kerusi
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Pergerakan Wanita UMNO mahu wanita yang berkelayakan dan berkemampuan diberi sekurang-kurangnya 30 peratus jawatan penting dalam parti termasuk bertanding di peringkat negeri dan Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, lebih ramai wanita perlu diberi peluang menjadi ahli dewan undangan negeri (ADUN), ahli Parlimen dan Ahli Majlis Tertinggi memandangkan ramai yang layak dan telah berkerja keras untuk mengukuhkan parti selama ini.

Jika dibandingkan keadaan di Malaysia dengan negeri lain kata Shahrizat, kedudukan wanita amat terkebelakang.

Katanya, pada masa ini tidak sampai 10 peratus wanita memegang jawatan sebagai pembuat dasar.

“Selepas persidangan ini saya akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai kedudukan peratusan perwakilan wanita di negeri masing-masing.“Saya percaya menteri dan menteri besar akan menimbangkan perkara ini apabila melihat angka yang ditunjukkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas membahas ucapan dasar Ketua Pergerakan itu pada Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Wanita UMNO, di sini hari ini.

Menurut beliau, perwakilan wanita di Dewan Rakyat kini hanya 9.6 peratus dan di Dewan Undangan Negeri sebanyak 8.9 peratus.

Beliau berkata, selama ini wanita dalam pergerakan itu tidak mahu menonjolkan diri atau mahu berebut-rebut jawatan.

Sementara itu dalam ucapan perbahasannya, Shahrizat berkata, mengikut statistik Kesatuan Antara-Parlimen pada 31 Ogos 2007, Malaysia berkedudukan di tangga ke-98 daripada 189 negara di dunia dari segi pencapaian 30 peratus wanita di Parlimen.

Dari segi pengundi berdaftar pula, kata beliau, wanita lebih ramai daripada lelaki dengan pengundi wanita sebanyak 50.2 peratus berdaftar pada Mac tahun ini.

Pergerakan Wanita UMNO, kata beliau, mempunyai 1.3 juta ahli, Pergerakan Puteri pula mempunyai 280,502 ahli, manakala ahli UMNO di seluruh negara seramai 3.3 juta.

Mengikut keahlian parti, katanya, kekuatan Wanita termasuk Puteri terserlah, namun perwakilan wanita di Majlis Tertinggi, bahagian dan cawangan masih kecil.
posted by wanita-online @ 12:21 AM   0 comments
Azalina dicalonkan Ketua Wanita?
Oleh: Zack Abu Bakar

UMNO Bahagian Cheras semalam menyatakan akan memberi sokongan terbuka kepada Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Azalina Dato' Othman Said untuk dicalonkan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO dalam pemilihan akan datang.

Apakah ini merupakan protes terbuka kepada Dato' Seri Rafidah Aziz atas kemelut yang sedang bergolak hebat di antara Ketua Bahagian UMNO Bahagian Cheras Senator Datuk Wira Syed Ali - Al- Habshee dan juga Ketua Wanita Bahagian Cheras Dato Faridah yang merupakan orang kanan Rafidah.

Jika ini adalah kemelut peribadi antara Syed Ali dan Faridah adalah tidak wajar beliau mengheret dalam kancah permasalahan mereka dan adalah lebih bijak mereka menyelesaikan secara kekeluargaan dan mencari jalan penyelesaian demi masa depan parti.Namun dalam tindak balas Azalina pula menyatakan bahawa beliau hanya cuba mengekalkan kedudukan sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Masih terlalu awal untuk memberikan keyataan mengenai soalan pemilihan parti.Beliau juga berkata beliau akan melihat keadaan ini hanya setelah pilihanraya umum nanti.Apabila ditanya akan reaksi orang ramai, ada yang menyatakan bahawa Azalina patut bertanding sebagai Ketua Wanita kerana sayap UMNO ini perlu diberikan suntikan semangat baru kerana sayap ini sekarang bergerak secara ritorik dengan kepimpinan lama.

Pemimpin muda seharusnya diberikan peluang untuk memimpin Wanita pula bagi menerap idea-idea baru.Azalina adalah seorang yang berpendirian dan berani dalam berpolitik, jadi beliau perlu diberi peluang , tegas Syed Ali.

Ada pula yang berpendapat bahawa Azalina tidak perlu gentar untuk bertanding sebagai Ketua Puteri UMNO tambahan pula Rafidah sekarang sering menerima rawatan di Hospital Pantai. Mungkin beliau kian uzur dan sudah tiba masanya untuk melepaskan jawatan kepad pemimpin baru.

Lagipun sekira Azalina tewas sekalipun beliau tidak akan menghadapi sebarang perbezaan kerana buat masa sekarang beliau juga tidak memegang mana-mana jawatan dalam Wanita.Tidak salah jika Azalina mahu mencuba.
posted by wanita-online @ 12:17 AM   0 comments
SEJARAH PERGERAKAN WANITA UMNO

Penglibatan wanita dalam politik bermula bersama gerakan semangat kebangsaan untuk memerdekakan tanah air. Cadangan penubuhan Malayan Union pada 1945 bagi menamatkan hak orang-orang Melayu telah membangkitkan penentangan secara besar-besaran.Wanita yang sebelum ini lebih tertumpu pada pertubuhan berunsurkan kebajikan telah turut terlibat buat pertama kalinya secara terbuka dalam gerakan politik tanah air.

Dalam Mesyuarat Agung UMNO pada tahun itu, tiga tokoh wanita UMNO iaitu Putih Mariah Ibrahim Rashid dari Persatuan Melayu Perak, Zainab Abdul Rahman dari Persatuan Melayu Seberang Perai dan Salena Ali dari Persatuan Melayu Selangor telah bertemu bagi membincangkan mengenai penubuhan sebuah pergerakan wanita Melayu.Ekoran pertemuan itu Jabatan Kaum Ibu telah ditubuhkan pada 1947 dengan Putih Mariah dilantik sebagai ketuanya yang pertama.

Setahun kemudian Jabatan Kaum Ibu diperbesarkan menjadi Pejabat Setiausaha.Pada 25 Ogos 1949, bertempat di Butterworth, UMNO telah mengadakan Perhimpunan Agung Wakil Wanita dari bahagian-bahagian UMNO bagi menubuhkan satu badan yang dinamakan Ahli-ahli Perempuan UMNO (APU) dengan Putih Mariah sebagai ketuanya. Inilah pertubuhan politik wanita pertama wujud di Tanah Melayu.Setahun kemudian kepimpinan APU diterajui oleh Tan Sri Zainun Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain.

Di bawah kepimpinannya, APU telah menambah ahli dan jumlah cawangannya.Beliau telah menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air bersama sekeping peta Tanah Melayu dan sehelai bendera UMNO di tangan, untuk memberi penerangan mengenai politik dan kemerdekaan.Tetapi antara September 1953 hingga Oktober 1954, kepimpinan APU menghadapi masalah apabila Ibu Zain terpaksa mengundurkan diri atas sebab-sebab kesihatan.

Masalah timbul apabila Ibu Zain mencadangkan supaya Raja Perempuan Perlis Tengku Budriah mengambil alih sebagai ketua, tetapi beliau hanya bersetuju mengambil alih selama tiga bulan sahaja.Oleh sebab itu, Jawatankuasa Kerja Agung UMNO telah mengambil keputusan melantik Khadijah Sidek menjadi Setiausaha Hal-Ehwal Kaum Ibu UMNO dan Oegawai Penerangan Perempuan.Kemudiannya, Khadijah dilantik mengetuai Pergerakan itu sehingga 1956 apabila beliau diberhentikan dan diganti oleh Fatimah Hashim sebagai pemangku jawatan itu atas persetujuan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Pada 1956 nama APU ditukar kepada Pergerakan Kaum Ibu UMNO. Fatimah telah dipilih menjadi ketua dalam Perhimpunan Ahung UMNO pada 1957 dan beliau menerajui Pergerakan itu hingga 1972.Bagi menguji sokongan rakyat pada UMNO, Kerajaan Brtish mencadangkan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan Pertama diadakan pada 1955. Dalam pilihan raya itu Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi.Dalam pilihan raya tersebut juga calon wanita tunggal, Halimahton Abdul Majid telah bertanding dan menang.

Beliau merupakan Wakil Rakyat wanita pertama.Kemerdekaan Tanah Melayu membuka lebih banyak peluang kepada wanita. Dari pilihan raya 1959 di mana Ibu Zain dan Fatimah Hashim bertanding kerusi Parlimen dan menang, hinggalah sekarang, bilangan tokoh wanita bertanding dalam pilihan raya bertambah.Peristiwa 12 Mei 1969 telah turut mempengaruhi corak politik tanah air. Pada Ogos 1971, UMNO mengadakan Persidangan Agung Khas bagi mengatur corak perjuangan UMNO.Perlembagaan UMNO telah dipinda dan Pergerakan Kaum Ibu telah ditukar namanya kepada Pergerakan Wanita UMNO bagi melambangkan imej dinamik.

Selepas Fatimah mengundurkan diri pada 1972, kepimpinan Pergerakan Wanita UMNO diterajui oleh Aishah Ghani sehingga 1984, apabila dipimpin pula oleh Datuk Seri Rafidah Aziz sehingga sekarang.Pergerakan Wanita UMNO bertindak sebagai penyokong kuat kepada UMNO dalam sebarang perjuangan bagi mendaulatkan bangsa dan memajukan Negara.Dalam setiap kali pilihan raya peranan ahli Pergerakan Wanita UMNO sangat besar dalam memenangkan calon-calon Barisan Nasional.

Selain itu, ia juga terus mendapat tempat yang sewajarnya di Negara merdeka.Kemajuan yang dicapai oleh wanita Malaysia sehingga hari ini adalah atas perjuangan Pergerakan Wanita UMNO yang sentiasa bersama arus pembangunan Negara.
posted by wanita-online @ 12:15 AM   0 comments

Name: wanita-online
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile



Free Blogger Templates

BLOGGER